Wednesday, September 10, 2008

Perasmian Blog Hamidians99-03 (10 September 2008)

Yg Berusaha, Mohd Zaim Esrati, Penghulu Batch PMR01 dan SPM03. Yang Berbahagia, Pereka Bentuk Blog SMKA Maahad Hamidiah dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Tahun 2008 menyaksikan peningkatan kadar jenyah di dalam negara kita. Masyarakat umumnya melihat punca masalah ini adalah kerana kurangnya tindakan yang di ambil oleh pihak berkuasa. Kekurangan anggota di peringkat pegawai jelas sekali menunjukkan faktor utama yang menyumbang kke arah masalah tersebut.

Era siber memerlukan seseorang itu untuk bergerak pantas. Penggunaan internet dan teknologi maklumat memudahkan urusan pekerjaan. Diharap dengan wujudnya blog ini, tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu dalam menangani jenayah. Membanteras jenayah tanggungjawab bersama.

Saya dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim merasmikan Blog SMKA Maahad Hamidiah ini. Sekian terima kasih.

- Di petik daripada ucapan
Dato' Mohd Ramdan B Mohd Shafian.. Sempena Majlis Perasmian Blog SMKA Maahad Hamidiah-

13 comments:

chacha said...

sampah sial mat indon

Author said...

haha... adehh... xleh handle aku...

Group8 Corp. said...

hahahah......
wak lu....

Author said...

ape2 je lah don, x leh handle aku.. selamat2..

Mohd Ramdan Bin Mohd Shafian said...

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.
Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya. Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''
Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.
Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Selamat Berpuasa dan wassalam.

-Dipetik daripada ucapan DCP Dato'Mohd Ramdan B Mohd Shafian, Ketua Polis Selangor ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di Rumah Anak Yatim Darul Izzah.

Mohd Zeid Azraai said...

hidup mahasiswa.....

Author said...

keluarkan diri mu madon... aku tunggu kat chatroom kat atas tuh.. cepat! ahaks

rahaimie said...

mane2 tah die copy paste tu

Author said...

kah kah kah ,.. no comment.. btol gak tu rahaimie, aku sokong.. aku sokong.. layan je pale madon..

Mohd Ramdan Bin Mohd Shafian said...

wei anak jamungi.., ko jgn bwt statement yg x btol..I'l sue you.. jmpe kt mahkamah.

Group8 Corp. said...

hahahaha......

rahaimie said...

huhu..kecut perut aku..

Author said...

haha... madon vs rahaimie.. kah kah kah

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN IDRIS DAN IZZAH PADA 1 JANUARI 2010 BERSAMAAN 26 MUHARAM 1431H

Assalamualaikum, kepada semua warga Hamidians9903, anda semua dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan Idris dan Izzah (majlis resepsi sebelah ...