Monday, May 10, 2010

Walimatul Urus Mazlinna-Sujaknyi : 6.6.2010/27 J'Akhir 1431

pesanan dr bakal pengantin cik (puan) mazlinna aka lola :
kad ni backup utk kad yang tidak sampai ke rumah anda..hehe

jemputan kat facebook (klik disini)

untuk lola & pasangannya : barakallahu lakuma :-)



Tuesday, February 9, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN HAZIRAH DAN NIK PADA 27 FEB 2010 BERSAMAAN 13 RABIUL AWAL 1431 HIJRAH


Salam.. semalam baru dapat kad jemputan dari Ain, harini pula dapat lagi kad jemputan ke majlis perkahwinan Hazirah pula.. jadi atas permintaan dan rasa tanggungjawab, aku upload kad yang ini pula. Jadi kepada semua sahabat, aku sebagai wakil (skali lagi..hehe) kepada mempelai dua sejoli ini, ingin mengundang anda semua ke majlis yang diberkati ini pada hari yang sama dengan hari persandingan Ain, iaitu pada 27 Februari.. semoga dengan kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis ini.. kita boleh pegi ramai2 ke kedua-dua rumah pengantin ini memandangkan jarak perjalanan antara dua tempat ini agak dekat.. sesiapa yang ada kelapangan, mai la hadirkan diri anda sambil jumpa dengan kawan2 lama kita.. t.kasih


-----------------


Kepada Hazirah dan Nik, selamat menempuhi alam rumahtangga dengan penuh kesabaran dan tanggungjawab. Semoga dikurniakan cahaya mata yang amat berharga dan taat kepada perintah Allah dan ibubapanya.. Amin

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN NORAIN DAN ZAMRI PADA 27 FEB 2010 BERSAMAAN 13 RABIUL AWAL 1431 HIJRAH

Assalamualaikum,

Kepada semua sahabat handai Hamidians99-03, Salam tahun baru 2010 diucapkan... Di kesempatan ini, aku (Haniff Hanafy) mewakili pihak pengantin Norain & Zamri, dengan ini berbesar hati untuk menjemput sahabat handai Hamidians99-03 ke Majlis Perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 27 Feb 2010 ini. Semoga dengan kehadiran anda dapat meriahkan majlis yang bakal diadakan. .






Kepada Pihak pengantin, semoga majlis yang akan dilangsungkan berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah.. dan semoga hidup kalian diberkati Allah dan semoga dapat melahirkan insan2 yang soleh dan solehah..Amin..

p/s : kalo nak usha jemputan melalui facebook dorang klik kat sini Majlis Persandingan Aieen & Zamri

Sunday, January 3, 2010

JEMPUTAN MELIBATKAN DIRI DALAM GROUP PERAMAH DI FB

Assalamualaikum. Kepada semua pelawat yang pernah bersekolah dan menjadi pelajar di SMKA MAAHAD HAMIDIAH, Kajang, tidak kira batch mana-mana pun, anda semua dijemput dan dialu-alukan utk menyertai group PERAMAH (alumni SMKAMH) di Facebook. Tujuan utama group ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan tali persaudaraan antara kita tidak mengira batch mana pun, selain itu dengan adanya group ini, ia memudahkan lagi kita semua untuk berhubung antara satu sama lain. Selain itu, kita juga boleh berkongsi buah fikiran serta pendapat dalam sesuatu perkara, tak kira tua atau muda, demi untuk kebaikan kita bersama. Yang senior-senior dihormati dan yang junior-junior disayangi, maka akan lahirlah sebuah masyarakat hamidiah yang rabbani..Jadi jangan segan silu untuk berkunjung dan menyertai group PERAMAH yang telah ditubuhkan senior terdahulu. Akhir kata, salam ukhwah dari kami Hamidians99-03 dan Maahad Cemerlang Budaya Kita...

kepada sesiapa yang belum tahu dari mana PERAMAH mendapat namaya, peramah ialah PERsatuan Alumni MAhad Hamidiah... ;)

Friday, January 1, 2010

Ya Maahadi

Wahid..Isnani...ibda'...



credit to :
Ust. Zainaphi Zainal
Afiq (Mirwana G12)
Izwan (Mirwana G12)
Syafiq Hady (Mirwana G13)
Saiful (Mirwana G14)

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN IDRIS DAN IZZAH PADA 1 JANUARI 2010 BERSAMAAN 26 MUHARAM 1431H

Assalamualaikum, kepada semua warga Hamidians9903, anda semua dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan Idris dan Izzah (majlis resepsi sebelah ...